|
FORUM SEJARAH ORANG PEKAK |
|
|
Pada 11 Januari 2004, Ahad, Persekutuan Orang Pekak Malaysia ( MFD ) telah mengadakan Forum bertajuk “Sejarah Orang Pekak” di auditorium Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Forum bertajuk “Sejarah Orang Pekak” itu bermula pada pukul 1.30 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang. Seminar ini bertujuan membongkar simpanan sejarah Orang Pekak yang tidak dicungkil sekian lama dan menyedarkan para peserta tentang forum sejarah untuk orang Pekak. Sebanyak 80 orang peserta terdiri daripada orang umum, kakitangan sektor swasta dan awam, badan bukan kerajaan, dan pelajar dari institusi pendidikan tinggi. Seramai 10 ahli dari Pusat Majudiri Y for the Deaf telah turut hadir sama. Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan oleh Encik Low Poh Wing, Encik Syed Osman Syed Hussain, Puan Saadiah Ahmad dan Encik Leon Lim Mian Sheng. Seminar itu telah dirasmikan pembukaan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Hajah Shamsiah bt Abdul Rahman. Jamuan ringan turut telah disediakan kepada para peserta. Mereka menikmati hidangan makanan sambil berbual-bual dengan kawan-kawan. Selepas itu, ucapan perasmian diteruskan dengan pembentungan kertas-kertas kerja oleh para penceramah.
|
Selepas itu, kertas
kerja ketiga yang disampaikan oleh penceramah, Puan Saadiah Ahmad bertajuk
“Sejarah Pendidikan untuk Orang Pekak di Malaysia”. Beliau menerangkan
sejarah Pendidikan Kanak-kanak Pekak Malaysia dari tahun 1954 hingga
1994 seperti penubuhan sekolah-sekolah khas, latihan penguruan, sistem
pendidikan dan kepekakan pendapat. Beliau bukan orang Pekak dan tidak
mempunyai anak Pekak atau saudara Pekak. Beliau ingin membantu golongan
Pekak untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam pendidikan. Tambah
beliau lagi, penubuhan sekolah-sekolah khas yang pertama di Pulau Pinang
pada tahun 1954, kemudian di Kuala Lumpur pada tahun 1962 dan mengikut
Kota Bahru, Melaka sehingga semua negeri dalam Malaysia. Pada tahun
1984, 49 buah sekolah rendah dan 13 buah sekolah menengah telah disediakan.
Bilangan sekolah khas ialah 318 buah dan bilangan kelas percantuman
ialah 1552 buah serta bilangan guru ialah 242 orang. Dalam sistem pendidikan
dulu, sistem lisan, pertuturan, pendengaran dan bacaan bibir telah disediakan
kerana mengikuti sistem pendidikan British dan digunakan di semua negara.
Komunikasi seluruh (TC) seperti lisan, pertuturan, bacaan bibir dan
kod tangan telah diwujudkan kerana mempertingkatkan perolehan bahasa
melalui komponen kegunaan tangan. Pendedahan kepada TC oleh Peace Korps,
volunteers dan badan bukan kerajaan. Prinsip komunikasi seluruh untuk
kefahaman mengenai kegunaan kod yang disampaikan oleh Prof. Datuk Dr.
Hjh. Asmah Hj. Omar. Lain-lain seperti cued-speech (pertuturan kiu)
dan auditory-verbal. Kertas kerja terakhir yang disampaikan oleh penceramah, Encik Leon Lim yang bertajuk “Kumpulan Sejarah Orang Pekak: Sesi Khas”. Encik Leon Lim kini melanjutkan pelajaran di Rochestor Institute of Technology, New York. Sekarang, beliau telah balik ke Malaysia untuk bercuti dan membantu Persekutuan Orang Pekak Malaysia untuk meningkatkan mutu dan pengalaman orang Pekak. Beliau pernah jumpa dan menemuramah dengan orang lain di luar negara. Beliau telah mengumpulkan bukti dan gambar untuk menunjukkan bukti sejarah orang Pekak kepada kami. |
Kertas kerja pertama
disampaikan oleh penceramah, Encik Low Poh Wing yang bertajuk “Pengerakan
Orang Pekak Dalam Tahun 60an”. Beliau bernama Low Poh Wing dan berasal
dari Pulau Pinang. Beliau mengalami kecacatan pendengaran sejak berumur
7 tahun dan mengalami kemalangan. Beliau telah belajar Bahasa Cina di
Singapura. Selepas itu, beliau balik ke Malaysia dan bekerja sebagai tukang
cat. Kemudian, beliau telah menyertai dalam sebuah komuniti Pekak di Petaling
Jaya pada tahun 1963. Beliau merupakan pemimpin orang Pekak pertama di
Malaysia pada tahun 1964. Beliau meminta bantuan daripada bapa saudaranya,
pengawai tinggi di MCA untuk mendapatkan tempat perjumpaan komuniti orang
Pekak. Beliau telah menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan majikan
perindustrian dan tiada perkhidmatan jurubahasa bahasa isyarat. Pada tahun
1967, Persatuan Belia Pekak telah ditubuhkan di bawah MCA. MCA telah menyediakan
pusat perjumpaan orang Pekak pada tahun 1967 sehingga tahun 1972. Beliau
juga menyediakan aktiviti perjumpaan bulanan orang Pekak. Aktiviti orang
Pekak mengadakan ceramah dan informasi untuk memperingkatkan ilmu pengetahuan
orang Pekak. Beliau telah berkahwin dan mempunyai tiga anak perempuan
Pekak. Isteri beliau, Tan San Khim mempunyai Diploma dari Kolej Bible,
Amerika Syarikat pada tahun 1964 sehingga tahun 1967. Isterinya telah
menyediakan Kelas Belajar Bahasa Inggeris untuk pelajar Pekak yang berumur
16 sehingga 19 tahun. Malahan, Tan Yap merupakan jurubahasa orang Pekak
yang pertama. Beliau telah membantu orang Pekak untuk berkomunikasi dengan
orang lain. Persatuan Belia Pekak telah dipindah ke YMCA (Kelab Pekak)
pada tahun 1972 kerana YMCA merupakan pusat lokasi stragetik. Encik Low
Poh Wing telah berundur diri daripada penglibatan Kelab Pekak. |
Kami berasa gembira
dan kagum kerana dapat berpeluang
menyaksikan gambar lama sukar didapati yang ditunjukkan oleh beliau. Beliau
juga menerangkan tentang sejarah Federation School of the Deaf (FSD).
FSD merupakan sekolah yang pertama ditubuhkan untuk kanak-kanak Pekak
di Malaysia pada tahun 1954. Dalam tahun 1952, Dr. C. Elaine Field bertemu
kanak-kanak Pekak tidak bersekolah di Malaya. Beliau pernah melihat pelajar
buta ada pergi ke sekolah Nicolas untuk orang buta di Pulau Tikus yang
ditubuhkan pada tahun 1927. Beliau berasa kanak-kanak Pekak memerlukan
sebuah sekolah dan ingin membawa mereka ke arah masa depan yang cerah.
Maka beliau bertemu Toh Puan Lady Templer, seorang isteri kepada Pesuruhjaya
Tinggi Malaya dan mengemukakan untuk menubuhkan sekolah untuk kanak-kanak
Pekak. Sekolah tersebut akhirnya ditubuhkan dengan sokongan besar dan
dirasmikan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sekolah tersebut
mengembangkan sistem pertuturan.
Professor Pekak, Prof. Parsons Frances berasal dari Amerika Syarikat datang ke Malaysia apabila diberitahu bahawa terdapat orang Pekak ada di FSD tetapi mereka gagal mendapat kejayaan dalam pelajaran. Beliau pergi ke Pulau Pinang untuk memberi bantuan kepada golongan Pekak supaya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Beliau bertemu dengan pengetua sekolah tersebut, Lee Kooi Jong. Mula-mulanya Cikgu Lee tidak bersetuju dengan cadangan mengenai TC yang diberikan oleh Prof. Parsons. Tetapi beliau tidak putus asa dan terus membincang dengan Cikgu Lee secara mendalam lagi. Akhirnya Cikgu Lee terima cadangan Prof. Parsons. |
Penceramah, Encik
Syed Osman Syed Hussain meneruskan pembentungan dengan kertas kerjanya
yang bertajuk “Pembangunan Sukan Orang Pekak Malaysia”. Encik Syed Osman
telah belajar di Sekolah Menengah Khas di Pulau Pinang. Beliau berbadan
rendah dan tidak sama seperti orang normal dan tinggi. Dalam sekolah menengah,
beliau ingin menyertai dalam aktiviti sukan yang pelbagai tetapi tidak
dapat berpeluang menyertai dalam aktiviti sukan dan duduk saja sambil
melihat orang lain beraksi di padang kerana beliau berbadan rendah dan
tidak kuat. Beliau sering dibiarkan dan diabaikan oleh orang lain. Lama
kelamaan, beliau selalu duduk sambil melihat orang lain yang bermain pelbagai
jenis permainan seperti bola sepak, bola jaring, badminton, bola tampar
dan sebagainya. Pada masa yang sama, beliau berminat untuk melihat dan
menjaga aktiviti sukan. Sekarang, beliau merupakan Setiausaha MSFD dan
bertanggungjawab untuk menguruskan pembangunan Sukan Orang Pekak Malaysia.
Beliau meningkatkan mutu dan kemahiran orang Pekak. Beliau juga menggalakkan
orang Pekak supaya menyertai dalam aktiviti sukan Malaysia. Langkah ini
dapat menarik minat golongan Pekak untuk menceburi bidang sukan yang diminati.
Dulu peserta Pekak terpaksa membayar yuran seperti pengangkutan, makanan
dan penginapan untuk pergi ke dalam atau luar negeri supaya menyertai
dalam aktiviti sukan dan pertandingan sukan. Sekarang, kerajaan Malaysia
memberikan bantuan kewangan kepada golongan Pekak supaya dapat berpeluang
untuk menceburi dalam bidang sukan. Kesimpulannya, sukan begitu bermanfaat
kepada masyarakat dan negara. Selain membawa feadah kesihatan, sukan juga
mampu membawa pulangan lumayan dari segi ekonomi dan imej sesebuah negara. |
Malangnya, cadangannya
mendapat bantahan hebat daripada guru-guru lain. Kemudian Cikgu Lee mencadang
Prof. Parsons bertemu dengan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Mahathir.
Nasib baik Dr Mahathir bersetuju bertemu Prof. Parsons selama 10 minit
saja. Prof. Parsons menerangkan cadangannya secara mendalam sehingga Dr
Mahathir menaruh tumpuannya mendengar cadangan yang disampaikan oleh Prof.
Parsons walaupun melebihi 10 minit. Kemudian, Dr Mahathir mengumunkan
bahawa semua guru kepada pelajar Pekak mesti belajar TC supaya meningkatkan
sistem pendidikan. Dr. Elaine menggunakan 500 isyarat Amerika Syarikat
untuk membantu system TC untuk membantu golongan Pekak dapat berkomunikasi
dengan orang lain dan dapat belajar sesuatu pelajaran. Melalui ini, keputusannya
telah memberi kesan yang baik. Eleanor Culas merupakan pelajar Pekak yang
pertama melanjutkan pelajaran di luar negara. Sekarang, banyak orang Pekak
telah mencapai kejayaan dalam pelajaran, pekerjaan dan masa depan mereka.
Mereka dapat menikmati kejayaan yang diusahakan sekian lama. Pembentangan empat
kertas kerja di atas mengambil masa hampir 5 jam termasuk sesi soal jawab.
Para hadirin telah banyak mengemukakan soalan dan hal ini menggambarkan
bahawa seminar ini berjaya menarik minat dan menimbulkan kesedaran peserta
terhadap hal sejarah orang Pekak. Temubual secara rawak dengan peserta
oleh pihak penganjur mendapati bahawa para peserta berpuas hati dengan
perjalanan seminar. Mereka berharap agar seminar seumpana ini diadakan
pada masa depan dengan menambahkan kertas kerja dan mengadakan pameran
yang berkaitan. Seminar ini telah memberi satu kesan yang amat mendalami
kepada para hadirin akan sejarah orang Pekak di Malaysia. Dilapor
oleh Yee Ke Xin, Ahli Jawatankuasa Kelab Remaja Pekak |