Kem Pendidikan Seksual untuk Remaja Pekak
Ditulis oleh Cik Haw Ching Cher    

Kem pendidikan seksual untuk remaja Pekak telah diadakan dari 6 hingga 8 Disember 2003 di Dusun Eco-Resort, Karak. Seramai 35 remaja Pekak dari Pulau Pinang dan sekolah-sekolah Pekak di Kuala Lumpur dan Selangor telah turut hadir. Sesi ini difasilitasikan oleh Pertubuhan Pelindung dan Penyelamat Kanak-kanak Selangor dan Kuala Lumpur dan kakitangan serta ahli sukarelawan dari Pusat Majudiri Y.

Sesi pertama tentang reproduktif seksual telah disampaikan oleh Dr. Nazrila dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Sesi ini telah membuka dan meluaskan fikiran saya yang sempit dan naif. Selain daripada itu terdapat beberapa bengkel berjudul "Apakah itu Seksual?", "Perhubungan & Komunikasi", "Deraan Seksual", "Bagaimana Membuat Keputusan dan Tekanan", "Seni Mempertahankan diri" dan lain-lain turut diadakan.

Ia membantu saya dan lain-lain memahami tentang pendidikanseksual dan cara menjaga diri saya.. Pelbagai maklumat dan petua yang amat berguna telah diperolehi daripada kem tersebut. Misalnya bagaimana mahu mempertahankan hak dan diri kita. Pelbagai aktiviti melalui permainan telah diadakan yang membuat kita seronok belajar tanpa merasai bosan.

Biarpun kesemua sesi ini mengambil kira-kira 16 jam (3 hari) tetapi ia amat menarik dan memberi faedah yang banyak kepada para peserta. Terdapat pelbagai aktiviti seperti persembahan, permainan, dan lain-lain yang mencabarkan dan juga aktiviti kumpulan diadakan. Ini membuatkan kita berasa ingin belajar dan bertukar fikiran dan pendapat di antara satu dengan lain. Kami tidak berasa bosan langsung maka pergaulan kami menjadi lebih mesra.

Sungguh tidak sangka kem tersebut amat seronok dan boleh memberikan kepuasan yang tinggi. Sekiranya ada peluang, saya akan menyertainya lagi. Tidak sabar tunggu saat peluang itu tiba. Terima kasih.

Haw Ching Cher


Copyright © 2003 PMY all rights reserved