LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SINGAPURA
Pada minggu kedua bulan Mac, Samuel, Bernard, Dino, Koon Wei, Jessica dan saya telah pergi ke Singapura untuk tujuan keseronokan dan persidangan YMCA Asia dan Pasifik masing-masing. Oleh sebab kami berada di Singapura, kami telah mengambil kesempatan untuk melawat sambil belajar ke beberapa buah persatuan orang pekak. Kami ingin melawat Singapore School for the Deaf (SSD), Canossian School for the Hearing Impaired dan Hi! Theatre, Singapore Theatre of the Deaf. Kami benar-benar menyesal tidak dapat melawat ketiga-tiga tempat tersebut. Di Canossian School for the Hearing Impaired di mana pelajarnya tidak menggunakan sebarang bahasa isyarat dan belajar secara pertuturan. Singapore School for the Deaf merupakan satu-satunya sekolah untuk kanak-kanak Pekak di Singapura manakala Hi! Theatre pula terkenal dengan ramai orang Singapura Pekak yang berbakat dalam lakonan.
Ngee Ann Polytechnic
 
Singapore Assocation for the Deaf
Destinasi pertama yang kami menuju ialah Ngee Ann Polytechnic terletak di Clementi Road. Polikteknik tersebut mula dibuka kepada orang Pekak yang ingin menuntut sejak tahun 1981. Kini 15 orang pelajar Pekak sedang menuntut di sana. Yang paling menarik ialah salah seorang dari pelajar bukan Pekak telah menubuhkan sebuah kelab “Hi! Club” bertujuan mengeratkan pe rsahabatan dengan pelajar Pekak sambil belajar kebudayaan orang Pekak. Setelah melawat di sekitar polikteknik, kami bertolak ke The Singapore Association for the Deaf atau lebih dikenali sebagai SADeaf. SADeaf telah ditubuhkan lebih 50 tahun yang lalu. Persatuan ini memberi perkhidmatan kepada orang Pekak seperti pemeriksaan pendengaran, latihan komputer, kelas-kelas bahasa isyarat dan sebagainya. Yang paling menakjubkan tentang persatuan ini ialah perpustakaan kecil yang mempunyai banyak buku berkaitan kepekakan dan bilik rehat sukarelawan. Selain itu, terdapatnya juga pusat IT, bilik permainan damak, bilik audiologi, bilik kaunseling dan beberapa buah bilik kelas. Tekalah apa yang apa yang kami telah temui selepas ini? Air yang nyaman dan sejuk dapat diminum akibat terlalu dahaga memandangkan cuaca pada masa itu terlalu panas!
 
Tanpa disangka-sangkakan, Vocational School for the Handicapped yang ditubuhkan pada tahun 1975 yang kami ingin menuju cuma terletak di sebelah SADeaf! Kami berasa terpegun dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sekolah ini. Yang kami telah mempelajari ialah latihan kemahiran dan praktikal yang diberi kepada pelajar-pelajar cacat. Sekolah tersebut mempunyai kursus seperti pentadbiran hotel, maklumat teknologi, katering dan lain-lain mengikut perkembangan ekonomi yang terkini di Singapura. Sebelum masuk alam pekerjaan, mereka perlu dilatihkan dengan beberapa kemahiran dan perlu melalui ujian iaitu ‘bekerja’ di tempat di mana persekitarannya adalah sama rekabentuk dengan tempat bekerja yang sebenar di salah sebuah bilik dalam sekolah tersebut. Kami telah berkesempatan untuk melawat bilik hotel yang palsu, restoran palsu yang dipenuhkan dengan meja dan kerusi di dalam sekolah itu. Alangkah menariknya! Saya berasa sangat kesal bahawa anda tidak dapat menyaksikannya pada masa itu.

Vocational School for the Handicapped
TOUCH Community Silent Club
Pada hari berikutnya, kami telah melawat ke TOUCH Community Silent Club yang terletak di barat Singapura. Kami banyak belajar tentang kelab ini dan pentadbirannya. Kelab ini telah mengejutkan kami dengan jumlah ahlinya adalah lebih daripada 200 orang. Kelab ini membantu orang Pekak yang bermasalah dan memberi sokongan positif kepada mereka. Selain daripada ini, kami juga ditemukan dengan sekumpulan ahli-ahli kelab ini sedang berlatih bermain bola sepak di luar. Setelah itu, kami tidak melepaskan peluang untuk melawat Deaf and Hard-of-Hearing Federation Singapore (DHFS) yang baru ditubuhkan lima tahun lalu. Mujurnya Jessica dan Koon Wei mempunyai beberapa orang kawan juga ahli jawatankuasa DHFS, kami berpeluang untuk melawat DHFS dan bertemu beberapa orang ahli-ahlinya. Pengerusi DHFS, Judy Ho menerangkan tentang pentadbiran dan akitiviti-aktiviti persekutuan ini. DHFS telah mencapai satu kejayaan dengan idea untuk mencipta TmChat dengan kerjasama NUS (National University of Singapore) baru-baru ini. Kami kagum dengan kegigihan persekutuan dan ahli-ahli ini. Kami turut berkongsi pengalaman masing-masing.

 

Melalui pengalaman ini, kami telah menerima pelbagai pengajaran dan pengetahuan lebih banyak tentang fungsi dan aktiviti mereka masing-masing. Sungguhpun, beberapa buah persatuan baru sahaja ditubuhkan beberapa tahun lalu tetapi telah memberi hasil yang memuaskan. Hal ini telah memberi kesedaran dan inspirasi kepada kami semua untuk membaiki kelemahan yang ada di Kelab Pekak kita tetapi belum pasti berjaya. Tanpa sokongan para orang Pekak, kami tidak dapat melakukan apa-apa pembaharuan untuk komuniti orang Pekak. Sokong dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada kami.

Dikongsi oleh Anthony Chong, Naib Pengerusi Kelab Pekak